Festival Jelajah Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis anjuran Encomas Sdn Bhd & Caffe Diem yang berlangsung pada 20 OGOS 2022 dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. Junjung Kasih Tuanku
Program satu hari ini dipenuhi dengan pelbagai acara termasuk nyanyian santai Kaixin, pertandingan tarik tali di Taman Puteri Khatreena, Kumpulan Marhain Busking, pertandingan muboi pukat di pelantar Seberang Alor, Kamarul dan Shin Busking, Chot Geliga Busking, pertansingan gelung rotan di Kampung Hujung Tanjung, Busking Streetsax, pertandingan pakaian beragam di Anjung DiRaja, Pekola Busking dan diakhiri dengan pertandingan karaoke serta Jem Session Busking.
Leave A Comment